Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    15 terima anugerah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Buat julung kalinya, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) telah menganjurkan Malam Anugerah Brunei Content Festival 2022, pada malam ini, bersempena acara Minggu Teknologi Digital, Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2022.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, di ibu negara itu telah dihadiri oleh tetamu-tetamu khas iaitu Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof; Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab; dan Ketua Eksekutif, AITI, Ir Haji Jailani bin Haji Buntar.

    Pertandingan Brunei Content Festival 2022 bagi tahun ini dibukakan kepada dua kategori, iaitu Kategori Industri dan Kategori Terbuka dan tujuh Anugerah Juri.

    Dalam pertandingan itu, sebanyak 72 penyertaan telah diterima dan proses penghakiman dijalankan oleh panel hakim yang berpengalaman dan terdiri daripada wakil-wakil daripada industri penyiaran dan institusi pengajian tinggi.

    Yang Berhormat Pengiran Shamhary ketika menyampaikan anugerah kepada salah seorang peserta.

    Bagi Kategori Industri, pemenang Iklan Terbaik: Mr Brown Brazil Coffee – Evoke Craftsman; pemenang Komedi Terbaik: Operation Hantu – Filterworks Productions; pemenang Drama Terbaik: Kitani – New Wave Films; dan pemenang Seram Terbaik: ‘I’ Love You – AMT Production.

    Bagi Kategori Terbuka, pemenang Video Muzik Terbaik: Khilaf – Faizul Razali; pemenang Filem Pendek Terbaik: Jaguh – Md Aa’qiil Ahmad; pemenang Filem Pendek Terbaik Institut Pengajian Tinggi: Not Toaster – Rahim Sofri; dan pemenang Identiti Brunei Terbaik: Aku Bersyukur – Hanidi Hj Mahmud.

    Manakala, bagi Anugerah Juri, Editing Terbaik: Not Famous – Drifting – Adam Groves; Konsep Terbaik: Saya Sepasang Kasut – Afiq Julaihi; Pencahayaan Terbaik: Nada Papa – Hasrul Aizan; Pengarahan Terbaik: The Poet – Envoy Films; Pengumuman Perkhidmatan Awam dan Media Sosial Terbaik: Recycling Can Save Lives – Greendepot; Sinematografi Terbaik: Menyendiri – Arifuddin Zainal; dan Persembahan Terbaik: Kawan – Dk Aida Pg Safri.

    Pemenang bagi setiap Kategori Industri dan Terbuka menerima wang tunai sebanyak $2,000 manakala pemenang bagi Anugerah Juri pula menerima wang tunai sebanyak $500 berserta sebuah trofi dan sijil penghargaan.

    Acara Brunei Content Festival 2022 dikelolakan dengan sokongan daripada RTBGo dan Progresif Media.

    Anugerah Brunei Content Festival 2022 adalah merupakan satu platform pertandingan untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan, penerbit, pengarah, pembuat filem dan penggiat-penggiat seni kandungan tempatan dalam sektor penyiaran sebagai usaha AITI untuk merangsang inovasi dan kreativiti dalam mencipta kandungan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...