Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    1,596 permohonan petugas kritikal direkod

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Sejak Operasi Pulih COVID-19 sehingga ke Fasa Awal Endemik setakat 14 Februari, sebanyak 1,596 permohonan petugas kritikal di sektor pengangkutan telah direkodkan.

    Secara keseluruhan, jumlah permohonan petugas yang telah dipohonkan dalam tempoh yang sama adalah seramai 17,091 orang, menurut perangkaan yang dihasilkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Perkhidmatan Pos, Bahagian Infokomunikasi, Bahagian Pengangkutan dan Unit IT.

    Menurut perangkaan itu, jumlah tertinggi adalah sektor udara iaitu sebanyak 783 permohonan terdiri daripada sejumlah 8,626 orang petugas kritikal. Seterusnya sektor maritim dengan 561 permohonan bagi 5,747 orang petugas dan pengangkutan darat hanya sebanyak 101 permohonan dengan jumlah 1,218 orang petugas kritikal.

    Selain itu, Jabatan Kajicuaca telah menghadapkan sebanyak 19 permohonan untuk 193 orang petugas kritikal dan lain-lain sektor berkaitan sebanyak 1,307 orang petugas daripada 132 permohonan.

    Bagi perangkaan ketiga-tiga fasa pemulihan, Operasi Pulih mencatatkan sebanyak 717 permohonan dengan seramai 7,837 orang petugas kritikal.

    Sebanyak 1,596 permohonan petugas kritikal di sektor pengangkutan telah direkodkan setakat 14 Februari tahun ini.

    Manakala, fasa Operasi Peralihan mencatatkan sebanyak 349 permohonan dengan 3,507 orang petugas kritikal dan bagi Fasa Awal Endemik, sebanyak 528 permohonan telah dibuat yang mengandungi 5,747 orang petugas kritikal.

    Antara faktor penyumbang kepada tingginya permohonan petugas kritikal bagi sektor udara dan maritim adalah disebabkan peningkatan dalam perkhidmatan penghantaran, kargo dan logistik.

    Ia dikendalikan oleh perkhidmatan penerbangan dan perkapalan seiring dengan peningkatan barang keperluan semasa situasi pandemik COVID-19. Mengenai sektor infokomunikasi pula, jumlah keseluruhan pemohon dari 4 Oktober 2021 hingga 15 Februari 2022 adalah sebanyak 505.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 permohonan adalah daripada kerajaan, 159 daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan 313 daripada permohonan syarikat swasta.

    Menurut pecahan mengikut fasa-fasa, semasa negara di tahap Operasi Pemulihan sebanyak 183 permohonan diterima dan ia menurun kepada 128 permohonan semasa Operasi Peralihan dan semasa Fasa Awal Endemik setakat 14 Februari 2022 sebanyak 194 permohonan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...