Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 anak yatim dirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan MPK Kapok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kapok dan ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Kapok telah meraikan seramai 16 orang anak yatim dalam Majlis Makan Arwah Sekampung dan Majlis Penyerahan Derma bagi Anak-anak Yatim Kampung Kapok 2023, kelmarin.

    Majlis yang diadakan di Masjid Kampung Kapok tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim.

    Ketua Kampung Kapok, Awang Shahminan bin Haji Abdul Rahman dalam ucapan alu-aluannya antara lain melahirkan rasa syukur kerana dapat mengadakan acara tersebut kembali setelah dua tahun terhenti akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Beliau seterusnya menjelaskan bahawa acara tahunan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara AJK, MPK dan takmir masjid berkenaan serta para penduduk kampung.

    Sebanyak $13,152 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan penduduk kampung dan kutipan derma tabung anak-anak yatim yang diletakkan di masjid berkenaan untuk dibahagikan kepada seramai 16 orang anak yatim yang mana masing-masing menerima derma $822 pada majlis tersebut.

    Derma tersebut diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim dalam persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Awang Misle bergambar ramai semasa majlis tersebut.
    Antara yang menghadiri majlis tersebut, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda