Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    16 belia tamat Program Literasi Penerangan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Seramai 16 orang belia dari Pengerak Belia Daerah Tutong IMPAK dan belia-belia masjid di Daerah Tutong telah berjaya menamatkan Program Literasi Penerangan selama dua hari di mana program menutup tirainya dengan Majlis Penyampaian Sijil yang berlangsung di Jabatan Penerangan, hari ini.

    Sijil para peserta program berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Kanan, Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.

    Pada hari terakhir program itu, atur cara dimulakan dengan taklimat daripada Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammad Asyraf bin Haji Arine, bertajuk Enhance Your Skills and Abilities with SkillsPlus and SPIN Programmes.

    Taklimat seterusnya bertajuk Jenayah Siber telah disampaikan oleh Cyber Security Awareness Trainer, Dayang Siti Nor Izuana binti Ayob, di mana taklimat antara lain menyentuh mengenai perkongsian maklumat peribadi terperinci dalam talian yang boleh digunakan oleh penjenayah siber mengeksploitasi dengan mudah untuk melakukan jenayah terancang.

    Melalui taklimat itu juga, para peserta didedahkan dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan jenayah siber melalui media sosial untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya penyalahgunaan teknologi media sosial, seperti buli-siber dan penipuan dalam talian atau scamming atau phishing serta peras ugut.

    Taklimat terakhir adalah mengenai dengan Indahnya Bahasa Isyarat yang disampaikan oleh Dunstan Chua Siew Fah dari Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) Kebangsaan bertujuan untuk memahami konsep inclusivity dengan belajar bahasa isyarat.

    Sebelum diakhiri dengan majlis penyampaian sijil, para peserta berpeluang membuat lawatan ke Galeri Lentera Makmur, Jabatan Penerangan.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam taklimat bahasa isyarat semasa program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...