Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang

    BUTTERWORTH, 23 DIS – Seramai 16 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Pacific Siva’.

    Mereka yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terdiri daripada M.Subramaniam, 44, G.Tilagarajan, 36, M.Kesavan, 39, N.Sharvin, 26, T.Ligen Kumar, 26, M.Dineswaren, 24, P.Kirubaagaran, 23, G.Meheshkumara, 27 dan M.Janagesh, 28.

    Turut didakwa R.Logeswaaraaj, 30, K.Hendry, 44, M.Sivasangkaran, 40, M.Partiben, 29, S.Arunan, 32, S.Denneswaran, 28, dan V. Alagis, 31.

    Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nor Azah Kasran kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Pacific Siva’ dalam Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang antara Jun 2016 hingga 26 November 2024 kecuali Arunan dan Subramaniam yang didakwa melakukan kesalahan sama antara Februari 2019 hingga 26 November 2024.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. – Bernama

    Seramai 16 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, ‘Geng Pacific Siva’. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda