Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 maut kilang jubin terbakar

    KHARTOUM, 3 DIS – Satu kebakaran yang dicetuskan oleh letupan melanda sebuah kilang di ibu negara Sudan hari ini, membunuh 16 orang dan mencedera puluhan yang lain, kata doktor dan saksi.

    Asap hitam tebal berkepul-kepul naik ke udara selepas kebakaran meletus di unit pengeluaran jubin di zon industri di utara Khartoum.

    Polis mengepung seluruh kawasan itu, lapor wartawan AFP dari tempat kejadian.

    16 orang terbunuh dan lebih daripada 90 yang lain cedera, menurut laporan awal daripada jawatankuasa doktor yang dikaitkan dengan gerakan bantahan negara.

    Mangsa dibawa ke beberapa hospital di ibu negara, katanya, menggesa doktor yang bercuti supaya kembali bertugas.

    Televisyen negeri melaporkan ‘kehilangan nyawa dan harta yang besar.’ “Letupan adalah kuat. Beberapa kereta yang diletak di perkarangan kilang juga terbakar,” beritahu seorang pekerja sebuah kilang berdekatan kepada AFP.

    Masih tidak jelas apa yang menyebabkan letupan tersebut. – AFP

    Anggota Pertahanan Awam Sudan memadamkan kebakaran di unit pengeluaran jubin di zon industri di utara Khartoum, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda