Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    16 pelajar tamat latihan amali diraikan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 JULAI – Seramai 16 orang pelajar dari pelbagai institusi pengajian seperti Politeknik Brunei, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal, IBTE Kampus Jefri Bolkiah dan Universiti Brunei Darussalam telah berjaya menamatkan latihan amali di Serikandi Oilfield Services dan diraikan pada majlis penghargaan yang berlangsung di Serikandi Restaurant and Cafe, Kuala Belait, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil-sijil kepada para pelajar berkenaan ialah Pengerusi dan Pengarah Urusan Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad yang turut memberikan ucapan inspirasi kepada para hadirin, bukan sahaja pelajar-pelajar malah tenaga pengajar dan institusi pengajian yang terlibat.

    Selepas ucapan daripada tetamu kehormat majlis, salah seorang pelajar yang diraikan, Awang Mohamed Bahrul Hakim bin Haji Awang Abas turut menyampaikan ucapan ringkas dengan mengimbas kembali masanya dan bagaimana beliau menyatakan penghargaannya bagi pihak semua pelajar latihan amali kepada syarikat berkenaan dalam menyediakan platform bagi mereka mendapatkan pengalaman sebenar.

    Majlis berkenaan merupakan inisiatif untuk meraikan perjalanan yang diambil oleh para pelajar latihan amali dalam mengasah kemahiran dan pengetahuan mereka bersama syarikat tersebut.

    Syarikat berkenaan berharap bahawa dengan mengadakan majlis tersebut akan membantu mengaspirasikan pelajar untuk mengejar kerjaya mereka dalam mewujudkan kesedaran pekerjaan yang ada dalam pasaran sementara memberikan peluang untuk meneroka kerja yang ditawarkan di Serikandi.

    Shaikh Khalid semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pelajar yang diraikan.
    Pengerusi dan pengarah urusan Serikandi Oilfield Services Sdn Bhd bergambar ramai dengan pelajar yang diraikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda