Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    178 pelajar SNLP terima sijil

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 178 orang pelajar Tahun 6 dan 11 Sekolah Nusa Laila Puteri (SNLP) telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen dan Majlis Penyampaian Hadiah Cemerlang yang berlangsung di Dewan BRIDEX, Jerudong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pelajar ialah Pengarah Perwakilan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Haji Sameon bin Tamil.

    Pengetua SNLP, Dayang Dalilah Syazwi @ Dalilah Farzana binti Haji Laidin dalam ucapannya berkata majlis berkenaan menyaksikan seramai 76 orang graduan Tahun 6 dari keempat-empat cawangan sekolah dan 10 orang graduan Tahun 11 dari cawangan Jangsak menerima sijil masing-masing pada majlis itu.

    Pada masa yang sama, seramai 92 orang pelajar cemerlang dari Tahun 1 hingga 10 turut menerima sijil bagi pencapaian cemerlang untuk sesi akademik 2023.

    Beliau turut mengongsikan, lima orang pelajar Tahun 6 telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

    Menurut beliau, selama dua tahun ini, keputusan PSR bagi Sekolah Nusa Laila Puteri adalah sangat baik.

    Walau bagaimanapun, perjalanan masih panjang dan murid-murid boleh meningkatkan lagi usaha seterusnya di peringkat menengah sehingga ke alam pekerjaan, katanya.

    Beliau turut menyentuh mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh SNLP, di mana beberapa orang murid dari cawangan Sungai Buloh mendapat tempat pertama bagi pertandingan Hafazan Surah-surah Pilihan Sekolah-sekolah Rendah Senegara bagi 2023.

    Selain itu, beberapa orang murid dari cawangan Jangsak juga mendapat tempat ketiga bagi pertandingan koir lagu kanak-kanak peringkat sekolah-sekolah rendah senegara pada tahun ini.

    Majlis Konvo SNLP turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid sekolah dan ditutup dengan bacaan Doa Selamat.

    Haji Sameon menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan pada majlis yang berlangsung di Dewan BRIDEX, Jerudong, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara pelajar yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNADI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...