Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 saudara baru terima sijil

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 22 Feb – Seramai 18 orang saudara baru perempuan telah berjaya menamatkan Kursus Skim Bahagian Asas dan menerima sijil penyertaan masing-masing pada Majlis Penutup Kursus berlangsung di Dewan Serba Guna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait di sini, hari ini.

    Kursus Skim Bahagian Asas selama 14 hari bagi siri ke-185 bahagian perempuan itu merupakan projek tahunan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan telah berjalan secara serentak di keempat-empat daerah.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil pada majlis tersebut ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu.

    Hasil penilaian daripada ujian yang diberikan sepanjang kursus tersebut, tiga orang peserta telah terpilih mendapat tempat pertama hingga ketiga iaitu Dayang Shazwani binti Muhd Iesa Aariz di tempat pertama, Dayang Nurhafizah binti Muhd Iesa Aariz di tempat kedua dan Dayang Nur Diana Kartika binti Dampah di tempat ketiga.

    Peserta-peserta yang telah menamatkan Kursus Skim Bahagian Asas  yang diadakan Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait di sini.
    Peserta-peserta yang telah menamatkan Kursus Skim Bahagian Asas  yang diadakan Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait di sini.

    Kursus tersebut yang telah bermula pada 6 Februari lalu berakhir kelmarin dengan Kursus Fardu Kifayah bagi memberikan ilmu pengurusan jenazah yang telah dikendalikan oleh penggapai-penggapai dari Pejabat Hal Ehwal Ugama Kuala Belait.

    Di samping itu, antara mata pelajaran yang telah diajarkan sepanjang kursus termasuklah Tauhid, Ibadat, Iqra, Hafalan, Praktikal Sembahyang, Akhlak Dalam Islam, Makanan Dalam Islam dan Kebersihan Dalam Islam.

    Sejak awal Januari hingga penghujung Januari tahun ini, Bahagian Dakwah Daerah Belait telah mencatatkan seramai tujuh orang telah memeluk agama Islam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda