Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 terkorban, bas terhumban ke gaung

    MEXICO CITY, 4 OGOS – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung sedalam 40 meter di Mexico, kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Menurut pejabat pendakwa raya negeri Nayarit di barat Mexico, seramai 20 penumpang lagi yang cedera, dirawat di hospital.

    Kebanyakan penumpang bas itu yang dalam perjalanan dari Mexico City ke bandar sempadan Tijuana, terdiri daripada warga India, Afrika dan Republik Dominican yang dalam perjalanan ke Amerika Syarikat.

    Polis menahan pemandu bas itu yang dipercayai memandu laju.

    Setiap tahun, beratus ribu pendatang dari Amerika Tengah dan Selatan, Caribbean dan bahagian lain di dunia cuba menyeberangi sempadan di utara Mexico itu untuk masuk ke Amerika Syarikat. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda