Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini, sekali lagi telah berkenan mengurniakan Kurnia Peribadi Baginda kepada seramai 18,010 orang penerima di seluruh negara dari golongan-golongan tertentu terdiri daripada Orang-Orang Berkeperluan Khas, Anak-Anak Yatim, Orang Fakir Miskin dan Penerima Bantuan Kebajikan Bulanan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Kurnia Peribadi Baginda Sultan ini adalah merupakan kali kelimabelas ia diadakan yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan-golongan tertentu di negara ini.
Pengagihan Kurnia Peribadi pada kali ini dimulakan dengan Pengagihan Kurnia Peribadi oleh Paduka-Paduka Anakda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku wakil-wakil peribadi Baginda di keempat-empat daerah dengan diikuti pengurniaan secara serentak di beberapa pusat-pusat pengagihan yang telah ditetapkan.
Berangkat bagi memulakan pengurniaan Kurnia Peribadi sebagai wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Brunei-Muara di Istana Nurul Iman ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Keberangkatan DYTM Pengiran Muda Mahkota di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.