Friday, November 1, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    187 sertai taklimat umrah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Seramai 187 orang yang akan menunaikan ibadah umrah bagi Januari 2023 telah menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Tokyo, Airport Mall, Berakas, hari ini.

    Taklimat dianjurkan oleh Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) selaku pengendali haji dan umrah di bawah Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB).

    Turut hadir untuk menyampaikan taklimat ialah Penolong Ketua Pengurus Haji dan Umrah, Pengiran Haji Ibrahim bin Pengiran Haji Bakar yang antara lain menerangkan cara pengurusan dan perjalanan di sepanjang mengerjakan ibadah umrah nanti.

    Jemaah juga mendengarkan tazkirah yang disampaikan oleh Pengiran Haji Ibrahim bin Pengiran Haji Bakar dengan membawakan tajuk ‘Kaedah dan Menghayati Ibadah Umrah’ supaya diberi kemanfaatan dan rahmat kepada mereka semasa mengerjakan ibadah umrah nanti.

    Bakal jemaah umrah juga telah diberi kesempatan untuk mempelajari cara-cara untuk mengenakan kain ihram dan mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.

    Kumpulan pertama bakal jemaah umrah dijangka berangkat ke Tanah Suci pada 3 Januari dan akan kembali ke tanah air pada 15 Januari dan diikuti dengan dua kumpulan jemaah yang lain sepanjang Januari.

    DHSB memaklumkan orang ramai yang berkeinginan untuk mengerjakan Ibadah umrah pada 2023 bahawa pendaftaran dibukakan sekarang dan tempahan tempat duduk masih lagi ada kekosongan.

    Bagi pakej pelancongan Islam, DSSB juga akan menghantar beberapa rombongan ke Turkiye, Balkan, Korea, Itali, dan Switzerland yang juga akan berlepas sepanjang tahun depan.

    Antara bakal jemaah umrah yang hadir semasa taklimat berkenaan. – Gambar serahan DSSB
    Pengiran Haji Ibrahim semasa menyampaikan taklimat pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda