Monday, October 21, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 ahli Kadet Tentera UNISSA ikuti latihan hutan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Seramai 19 orang ahli Pasukan Kadet Tentera Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengikuti Latihan Hutan Pahlawan Muda 2023, Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

    Latihan Hutan berkenaan dianjurkan oleh Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB), Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei selama seminggu, dari 22 hingga 28 Jun lalu di Kawasan Latihan Sungai Banyu, Daerah Tutong.

    Turut serta ialah Guru Pengawas Pasukan Kadet Tentera UNISSA, 700 SSJN KT Haji Muhammad Danish Iqbal bin Haji Ariffin.

    Antara tujuan latihan adalah untuk mendedahkan dan memperkenalkan latihan asas ketenteraan kepada para peserta, di samping mengeratkan lagi tali silaturahim antara peserta serta memberikan pengalaman dalam bidang ketenteraan.

    Ia juga bertujuan untuk menilai tahap kepimpinan dan pentadbiran latihan hutan bagi ahli pasukan KT ABDB serta menilai asas ketenteraan latihan hutan bagi ahli pasukan KT ABDB yang baharu.

    Pasukan Kadet Tentera dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Politeknik Brunei (PB) turut terlibat menyertai Latihan Hutan berkenaan.

    Gambar ramai ahli-ahli kadet tentera yang menyertai latihan berkenaan. – Gambar serahan UNISSA
    Gambar serahan UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda