Wednesday, November 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 maut dalam pertikaian tanah di Filipina

    MANILA, 31 OKT – Kira-kira 19 orang terbunuh di selatan Filipina semasa pertempuran senjata api dan pisau yang berlaku antara unit perintah tempur kumpulan pemberontak bersenjata, kata pihak berkuasa hari ini.

    Tentera dan polis Filipina melaporkan 11 orang maut semasa pertempuran yang berlaku kelmarin di sebuah kampung terpencil di wilayah Maguindanao del Sur antara anggota Barisan Pembebasan Islam Moro, kumpulan pemberontak terbesar di negara itu.

    Namun seorang pegawai tempatan meletakkan angka kematian pada 19, dan berkata pertempuran itu berpunca daripada pertikaan tanah yang berlarutan di kawasan itu.

    “Sebenarnya 18 yang maut semasa pergaduhan termasuk seorang yang dimasukkan ke hospital tetapi meninggal dunia kemudian,” kata pegawai penyelamat wilayah, Tim Ambolodto, kepada AFP.

    Ambolodto menambah, 2,000 penduduk yang tinggal di sekitar kampung itu terpaksa mencari perlindungan di pusat pemindahan atau bersama saudara-mara lain bagi mengelak peluru sesat semasa pertempuran itu.

    Selama beberapa dekad, Filipina dengan penduduk majoriti Katolik telah dibelenggu oleh pemberontakan ekstrem, termasuk pemberontakan pemisah yang diketuai oleh Muslim yang telah membunuh lebih 100,000 orang.

    Pada tahun 2014, Manila menandatangani pakatan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro, yang merangkumi pelucutan senjata api anggotanya.

    Tentera berkata hari ini dalam satu kenyataan bahawa mereka telah menulis surat kepada Jawatankuasa Penyelaras Menamatkan Permusuhan iaitu sebuah badan penasihat kepada pakatan, untuk membantah pelanggaran proses damai yang dilakukan semasa pertempuran bersenjata. – AFP

    Gambar bertarikh 15 Oktober 2012 menunjukkan reaksi anggota MILF di Kem Darapanan di Sultan Kudarat, Maguindanao, Filipina. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda