Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    19 peserta sertai program latihan pendidikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Seramai 19 peserta yang terdiri daripada pegawai pendidikan, guru teknikal dan kakitangan pendidikan dari Republik Demokratik Rakyat Laos menyertai program latihan Applying Student-Centred Teaching-Learning Methodologies yang dikendalikan secara maya oleh Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH bermula hari ini.

    Hadir pada majlis perasmian program latihan dalam negara secara maya itu ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

    Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan TVE, Kementerian Pendidikan dan Sukan, Laos, Tingkham Soulintha dan fasilitator program, Dayang Noorhayati Cynthia binti Abdullah bersama pihak pengurusan dan pegawai SEAMEO VOCTECH.

    Program latihan ringkas selama tiga hari itu berkonsepkan tentang cara mengaplikasikan metodologi pengajaran-pembelajaran yang ber-pusatkan pelajar dalam persekitaran pembelajaran TVET.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Pusat Serantau TVET itu mengiktiraf kepentingan bagi menyampaikan pengetahuan dan kemahiran mengenai metodologi pengajaran-pembelajaran berpusatkan pelajar. Melalui program itu, guru akan dapat menjalankan struktur aktiviti pembelajaran yang berkesan untuk pembelajaran lebih holistik yang akan meningkatkan keupayaan dan kemahiran, dan pada masa yang sama dapat menyediakan peluang untuk pembelajaran autonomi.

    Di penghujung program itu nanti, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH berharap akan dapat membangunkan dan meningkatkan pengetahuan, sikap, nilai dan kemahiran (KAVS) peserta dalam menjalankan metodologi berkenaan untuk TVET.

    Antara peserta yang menyertai program latihan tersebut dikendalikan oleh SEAMEO VOCTECH yang diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...