Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    19 peserta tamat kursus asas kejurulatihan sukan lawan pedang

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Seramai 19 orang peserta telah menamatkan Kursus Asas Kejurulatihan Sukan 2023, sukan lawan pedang, anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam (BDFF), baru-baru ini.

    Kursus berkenaan diadakan selama empat hari bermula dari 20 hingga 23 November di Kompleks Sukan Menglait dengan pemudahcara bagi kursus berkenaan ialah Jurulatih Kebangsaan Sukan Lawan Pedang, Rocky Poeriwinata.

    Sembilan belas peserta kursus itu terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dan rendah melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Jabatan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan penyertaan persendirian.

    Majlis penyampaian sijil bagi para peserta kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Belia dan Sukan, Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim dalam majlis yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 23 November lalu.

    Kursus tersebut bermatlamat menyumbang kepada Program Jangka Panjang Pembangunan Atlet (LTAD) sebagai persiapan negara ke sukan-sukan serantau dan antarabangsa, seterusnya melahirkan jurulatih yang berpotensi untuk melatih atlet yang berbakat dalam sukan lawan pedang.

    Para peserta diberikan tunjuk ajar dan penerangan mengenai sukan lawan pedang semasa kursus berkenaan.
    – GAMBAR SERAHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...