Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    2 calon datuk bandar Mexico ditembak mati

    MEXICO, 28 FEB – Dua calon datuk bandar di bandar Maravatio, Mexico telah ditembak mati dalam masa beberapa jam antara satu sama lain, sementara pakar memberikan amaran bahawa pilihan raya negara pada 2 Jun boleh menjadi yang paling ganas dalam rekod negara itu.

    Kawalan yang semakin meluas terhadap kartel dadah di Mexico telah disifatkan sebagai ancaman. Semasa pilihan raya terakhir di seluruh negara pada 2021, kira-kira 30 calon telah terbunuh.

    Kempen itu masih belum bermula. Ia secara rasmi bermula pada Jumaat.

    Semalam, bandar pertanian ini, di mana kebanyakan lelaki memakai but dan kepala tali pinggang besar, berasa terkejut berikutan pembunuhan hari sebelumnya.

    Puluhan polis negeri dilihat di sekitar dewan bandar raya.

    Seorang pegawai polis perbandaran berkawal di Maravatio, negeri Michoacan, Mexico pada 27 Februari. – AP

    Bercakap mengenai pakar sakit puan, Miguel Angel Zavala, salah seorang calon yang dibunuh, penduduk Maravatio dan suri rumah, Carmen Luna berkata jenayah itu mengejutkan dan tidak masuk akal.

    “Pada pandangan saya, tidak ada sebabnya membunuh seseorang, ia mungkin perebutan kuasa di antara mereka.”

    Luna merupakan salah seorang pesakit Zavala, dan dia menolak sebarang kemungkinan motif peribadi dalam pembunuhan tersebut.

    “Dia adalah salah seorang doktor terbaik” di bandar ini, katanya.

    “Dia menjaga saya dengan sangat baik. Dia sangat peramah.”

    Sementara dia tidak mengundi selama bertahun-tahun, Luna berkata pembunuhan itu menyebabkan orang ramai ‘marah dan berasa tidak berdaya, kerana jika kerajaan tidak melakukan apa-apa, awda tidak boleh berbuat apa-apa’. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...