Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kaedah pewarna baharu bantu industri denim atasi masalah toksik

    PARIS, 28 FEB – Bolehkah industri denim bernilai berbilion dolar terus menghasilkan seluar jean biru dalam setiap bentuk, saiz dan siluet sambil mengurangkan tahap pencemaran berbahaya yang lebih besar? Kajian yang diterbitkan kelmarin mencadangkan pewarna baharu boleh menjadi langkah ke arah yang betul.

    Para saintis telah mencari cara untuk menghasilkan bentuk nila yang lebih mampan, digunakan selama berabad-abad untuk mewarnakan tekstil, tetapi dalam bentuk sintetik modennya memerlukan bahan kimia toksik, kuantiti air yang banyak dan dikaitkan dengan pelepasan karbon dioksida yang besar.

    Namun kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications mencadangkan membuang pewarna klasik itu sepenuhnya.

    Menggunakan Indican, sebatian tidak berwarna yang diperoleh dari tumbuhan penghasil nila boleh mengurangkan kesan alam sekitar dan masyarakat yang dikaitkan dengan pengeluaran seluar jean sebanyak 90 peratus kerana ia tidak memerlukan bahan kimia toksik, kata penyelidik.

    “Telah diketahui selama beberapa tahun bahawa nila boleh digantikan oleh bahan kimia lain yang dipanggil indican, kerana awda boleh menggunakannya tanpa sebarang bahan kimia yang kuat,“ beritahu penulis kajian, Ditte Hededam Welner, kepada AFP.

    Para penyelidik telah menghasilkan varian enzim yang ditemui dalam tumbuhan penghasilkan nila yang boleh menghasilkan indican pada skala industri.

    Sementara mereka berkata pengeluaran indican masih memerlukan bahan kimia yang mencemarkan, dengan itu tidak akan mendatangkan lebih banyak manfaat berbanding menghasilkan nila sintetik, di mana manfaatnya diperoleh apabila pewarna digunakan.

    Indican dalam bentuk serbuk boleh dilarutkan dalam air, kemudian digunakan pada fabrik dan diaktifkan dengan sama ada enzim atau terdedah kepada cahaya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...