Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    2 pesawat lakukan pendaratan kecemasan

    DAR ES SALAAM, 30 NOV – Dua pesawat penumpang yang membawa pelancong melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang yang sama dan pada hari yang sama di sebuah taman kebangsaan di Tanzania, tetapi pihak berkuasa menyatakan semua penumpang selamat.

    Kejadian tersebut melibatkan dua buah pesawat yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan domestik Unity yang berlaku pada Selasa lalu di Taman Negara Mikumi, menurut pihak berkuasa taman Tanzania yang dikenali sebagai TANAPA.

    Sejumlah 60 orang penumpang serta tujuh orang anggota kru berada di dalam kedua-dua buah penerbangan itu, demikian menurut kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh TANAPA.

    Dalam kejadian pertama, sebuah pesawat Embraer yang membawa 30 orang penumpang, dua orang juruterbang, dan seorang pramugari dalam perjalanan dari pulau percutian Zanzibar mengalami ‘masalah teknikal’ ketika mendarat di lapangan terbang Kikoboga di taman itu.

    “Usaha besar telah dilakukan oleh juruterbang pesawat serta pegawai di kawasan itu untuk memastikan bahawa tiada kecederaan berlaku,” demikian dinyatakan, sambil menambah bahawa pelancong dapat meneruskan safari mereka di dalam taman.

    Kejadian kedua berlaku beberapa jam kemudian melibatkan pesawat Embraer lain, juga membawa 30 orang penumpang serta dua orang juruterbang dan dua orang pramugari, yang dalam perjalanan ke Zanzibar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...