Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 cedera dalam nahas kereta api di Mesir

    KAHERAH, 13 OKT – Sebuah lokomotif telah merempuh bahagian belakang kereta api penumpang yang menuju ke Kaherah hari ini di selatan Mesir, menyebabkan beberapa orang cedera, kata pihak berkuasa. Ia merupakan kemalangan kereta api kedua dalam sebulan di negara Afrika Utara itu.

    Perlanggaran itu berlaku di wilayah Minya, 270 kilometer di selatan Kaherah, menurut kenyataan pihak berkuasa kereta api, dan dua gerabak kereta api terjatuh ke dalam sungai berdekatan. Punca nahas sedang dalam siasatan, tambah kenyataan itu.

    Rakaman yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan dua gerabak itu sebahagiannya ditenggelami air.

    Kementerian Kesihatan berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa kira-kira 20 orang telah dibawa ke hospital.

    Kemalangan dan kereta api tergelincir adalah perkara biasa di Mesir, di mana sistem kereta api yang sudah usang sering dibelenggu masalah pengurusan.

    Pada bulan September, dua kereta api penumpang bertembung di bandar Delta Nil, menyebabkan tiga orang terbunuh dalam nahas itu. – AP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda