BISHKEK, 6 OGOS – Dua puluh orang dirawat di hospital di Kyrgyzstan susulan pertempuran kecil antara pekerja sebuah lombong milik China dan penduduk kampung berhampiran lombong emas itu, menurut pegawai hari ini.
Seramai 19 pekerja syarikat China yang mengoperasikan lombong emas Solton Sary di wilayah tengah Naryn dan seorang penduduk dimasukkan ke hospital selepas konflik itu semalam, menurut seorang jurucakap wanita kementerian kesihatan. Sekitar 300 penduduk kampung berhimpun di lombong itu semalam menuntut syarikat China itu menutup operasinya, kata kementerian dalam negeri. – AFP