Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 guru dalami peranan Muzium Brunei dalam pelancongan

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Seramai 20 orang guru Travel and Tourism telah menghadiri ceramah bertajuk Peranan Muzium Brunei dalam Pembangunan Pelancongan Brunei yang diadakan di Teater PDS, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam pada 1 Mei lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sekolah-sekolah (JSS), di sini, ceramah itu dianjurkan oleh Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK) iaitu ahli Hab Aktiviti Pembangunan Profesional di bawah Subject Based Committee (SBC) Travel and Tourism.

    Menerusi ceramah itu, maklumat yang diperoleh diharap akan dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh para guru dalam pengajaran mereka bagi memberikan contoh tempatan untuk menggambarkan bagaimana Muzium Brunei dapat memainkan peranan dalam membangunkan pelancongan Brunei.

    Di akhir sesi berkenaan, penganjur lawatan dari SMLK, Hajah Hazrina binti Haji Abdul Jalil dan Setiausaha SBC Travel and Tourism dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Awang Amir bin Haji Hassan telah menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Muzium-muzium, Dayang Mariani binti Abu Bakar.

    Gambar ramai guru-guru yang menghadiri ceramah di Teater PDS, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam. – GAMBAR SERAHAN JSS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda