Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    20 kawasan panas wabak denggi dikesan

    KOTA KINABALU, 20 FEB – Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

    Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan empat lagi lokasi panas wabak itu di Tawau selain masing-masing dua di Kota Kinabalu dan Lahad Datu serta satu di Papar.

    “Jumlah keseluruhan kes denggi di Sabah setakat semalam ialah 1,685 dengan tiga kematian direkodkan. 

    “Daerah Sandakan mencatat jumlah ter-tinggi kes wabak denggi sebanyak 483 diikuti Tawau 308 dan Kota Kinabalu 270 kes,” menurut kenyataan itu.

    Lokasi panas wabak denggi di Sandakan ialah Taman Mawar, Sendang, Indah Jaya Fasa 6 & 7, Taman Rimba, Bandar Ramai-Ramai, Kampung Berhala Darat Zon 8, Taman Samudera (TLDM), Taman Tat Fui Yen Batu 8, Taman Megah, Indah Jaya Fasa 9 dan Sri Taman.

    Empat lokasi panas denggi di Tawau pula ialah T832 Tg Batu Kg Pukat Laut (Jikan), Jk30 Kg Jawa Lama Jln Mansor, AP20 Taman Berjaya dan JU44 Kampung Baru Pasir Putih (Mawar) serta dua di Kota Kinabalu iaitu Kepayan Rumah Murah PH2 dan Kampung Tebobon. 

    Kenyataan itu juga menyebut terdapat 76 kluster wabak denggi aktif di Sabah iaitu 25 di Sandakan diikuti Tawau (20), Kota Kinabalu (12), Lahad Datu (6), Penampang (3), masing-masing dua di Putatan, Kunak dan Semporna serta masing-masing satu di Tuaran, Papar, Kudat dan Pitas. – Bernama

    Orang ramai dianjurkan untuk sama-sama memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...