Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Pemakaian pelitup muka dalam bangunan digugurkan

    TAIPEI, 20 FEB – Selepas tiga tahun menempuh pandemik COVID, Taiwan berkata penduduknya tidak lagi perlu memakai pelitup muka semasa berada di dalam bangunan, namun masih dimestikan di beberapa buah kawasan.

    Orang ramai akan dimestikan memakai pelitup muka di kawasan-kawasan seperti hospital, institut perubatan dan pengangkutan awam, menurut Pusat Pemerintahan Epidemik Taiwan hari ini. Namun restoran dan pejabat tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka.

    Sekolah-sekolah akan menyaksikan pengurangan peraturan pemakaian pelitup muka pada Mac, dengan keperluan itu dikurangkan dalam dua bahagian.

    Walau bagaimanapun, di jalanan dan bangunan pejabat, ramai yang terus memakai pelitup muka, dan di pusat membeli-belah, para pengunjung dilihat masih mengenakan pelitup muka.

    Pada Disember, Taiwan memansuhkan keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan, yang sebelum ini mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka meskipun semasa berjalan di jalanan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...