Friday, July 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    20 keluarga mangsa banjr terima sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), dengan kerjasama Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB), telah menyampaikan sumbangan kepada 20 buah keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Benutan, Daerah Tutong pada majlis di Masjid Kampung Benutan hari ini.

    Inisiatif berkenaan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga mangsa banjir berkenaan dengan sumbangan yang telah dikumpulkan daripada kakitangan SHENA.
    Wakil daripada setiap keluarga mangsa banjir menerima barangan makanan asas seperti minyak masak, beras dan makanan dalam tin.

    Majlis penyerahan tersebut disertai oleh 12 orang sukarelawan PKTLB dan tujuh orang kakitangan SHENA yang bertanggungjawab menganjurkan aktiviti tanggungjawab sosial yang berkesan dengan penglibatan daripada komuniti dan organisasi-organisasi yang berkaitan.

    Selaras dengan tema Hari Sedunia untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja yang memberi tumpuan kepada perubahan iklim yang memberi impak ketara kepada kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, usaha kerjasama itu menunjukkan komitmen kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negara ini semasa bencana alam seperti banjir.

    Selain menarik perhatian terhadap kesan-kesan sosial akibat bencana cuaca ekstrem, aktiviti itu juga melambangkan komitmen SHENA terhadap inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menghulurkan bantuan dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat Negara Brunei Darussalam selaras dengan rukun Maqasid Syariah.

    Warga SHENA dan PKTLB bergambar ramai dengan ahli keluarga mangsa banjir di kampung berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SHENA
    GAMBAR SERAHAN SHENA
    GAMBAR SERAHAN SHENA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...