Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    20 penggiat seni sertai Program Baca Bahana secara maya

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Seramai 20 penggiat seni dari tiga buah negara, iaitu Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia telah menghadiri Baca Bahana secara maya yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah dan Kumpulan Putra Seni selaku penganjur bersama acara, kelmarin.

    Mereka terdiri daripada Z.A Brunei, Brahim A.H.T, H.Mar, Aminah Momin, Arun Irra, Hanz, Jariah Lamit, Alfizah.G, Ilsya Ilmiah dan Kartini Sapar serta 10 orang pembaca luar iaitu, AbiZai (Malaysia), Rahimah Hamdan(Malaysia), Fiana Winata (Indonesia), Jasni Matlani (Malaysia), Sarah Monica (Indonesia), Rahmah Abdul Ghani (Malaysia), Lily Multatuliana (Indonesia), Sharil Kasak (Malaysia), Moh. Syarif Hidayat (Indonesia) dan Siamir Marulafau (Indonesia).

    Program Baca Bahana berkenaan merupakan sebahagian kegiatan bulanan pada bulan ini dan merupakan projek pengapresiasian karya-karya kreatif dalam majalah Bahana yang dipersembahkan di ruang pentas seni yang dibukakan penyertaan kepada penulis dan penggiat seni di dalam dan luar negara.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin.

    Antara tujuan projek Baca Bahana adalah untuk menjalin pertemuan atau menyatukan para penggiat dan peminat sastera tanah air dan luar negara, memelihara seni sastera dan bahasa, memperkenalkan karya penulis tempatan ke persada antarabangsa selain mengangkat, memperkasa dan menanamkan semangat cintakan bahasa serta menyemarakkan aktiviti seni secara maya.

    Siri Baca Bahana pada kali ini menampilkan tema Kami Peduli sebagai tanda pemuisi atau penyair cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku.

    Oktober juga merupakan bulan bagi Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (disambut pada setiap 10 Oktober) dan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Melalui seni pengucapan seni, para pemuisi dapat menonjolkan sensitiviti dan keprihatinan terhadap isu-isu semasa yang diutarakan dengan emosi dan rasa yang dikongsikan bersama.

    Antara penggiat seni yang menyertai program tersebut secara maya. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...