Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelajar Tahun 6 sertai Program Kenali Warisan Kitani di Belait

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 31 OKT – Dengan berakhirnya Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan telah mengadakan Program Kenali Warisan Kitani bagi murid-murid Tahun 6 di Daerah Belait, hari ini.

    Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Muzium-muzium, program itu menyaksikan murid-murid yang hadir menyertai pelbagai permainan dan aktiviti tradisional.

    Permainan-permainan tradisional membantu memberi gambaran tentang budaya dan warisan bangsa melalui permainan yang telah diwarisi turun-temurun.

    Antara permainan yang diketengahkan termasuk Pasang, Congkak, Buah Lapas-lapas, Salok-salokan, Lompat Getah, Tilu tilan, Simban, dan Kaki Tiga.

    Aktiviti lain seperti jualan gerai turut diadakan antaranya jualan buku daripada Jabatan Muzium-muzium kepada usahawan tempatan yang menjual produk mereka.

    Murid-murid Tahun 6 yang menyertai program tersebut mengambil bahagian dalam salah satu permainan yang disediakan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Murid-murid yang menyertai program tersebut ketika mencuba bermain salah satu permainan tradisional, Congkak. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...