DUBAI, 1 OGOS – Sekurang-kurangnya 20 anggota polis terbunuh dalam dua serangan berasingan di bandar Aden, Yaman yang dikuasai kerajaan oleh pemberontak Huthi dan kumpulan militan hari ini, kata sumber keselamatan dan perubatan.
Orang awam antara yang cedera dalam serangan yang disasarkan terhadap pasukan polis di bandar pelabuhan di selatan Yaman itu.
Menurut sumber keselamatan, satu serangan bom kereta yang dilancarkan kumpulan militan di sebuah balai polis menyebabkan tiga anggota polis terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 lagi termasuk orang awam cedera.
Serangan kedua dilancarkan pemberontak Huthi yang menggunakan dron dan peluru berpandu balistik yang disasarkan terhadap perarakan polis di sebuah kem di barat Aden. Seramai 17 pegawai terkorban dan berpuluh yang lain cedera, kata sumber perubatan dan pemberontak. – AFP
