Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    20 sertai Program Perkongsian Maklumat BDMD

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Pada meningkatkan lagi hubu-ngan baik dan mengukuhkan rangkaian kerja antara pegawai-pegawai dan pengamal perhubungan awam kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, Program Perkongsian Maklumat bersama Jabatan Kajicuaca Negara Brunei Darussalam (BDMD) telah diadakan di ibu pejabat jabatan berkenaan, baru-baru ini.

    Seramai 20 orang pegawai dan pengamal perhubungan awam yang mewakili pelbagai kementerian menyertai program itu yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK), yang dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Kajicuaca, Dayang Rokiah binti Haji Angas.

    Rombongan diberikan taklimat mengenai kepentingan memanfaatkan platform digital dalam penglibatan awam yang disampaikan oleh Pegawai Kaji Cuaca, Dayang Nadiahtul ‘Afifah binti Haji Mohd Yasin yang antara lain juga menyentuh mengenai cabaran dalam menggunakan media sosial dan berkongsi sama beberapa cara untuk menghadapinya.

    Di samping itu, rombongan juga berpeluang mengadakan lawatan ke Pusat Ramalan Cuaca di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas untuk melihat secara dekat proses dan kemudahan, serta sistem-sistem kaji cuaca yang digunakan dalam pencerapan dan penyediaan ramalan, nasihat dan amaran cuaca yang disalurkan kepada para pengguna seperti agensi kerajaan, swasta dan orang ramai.

    JPAKK & JJK ditubuhkan pada 8 Mac 1997 dan Jabatan Penerangan dilantik sebagai urus setia yang antaranya berperanan untuk memastikan matlamat utama penubuhannya dapat dilaksanakan dengan teratur dalam usaha untuk me-ngukuh, menanai dan memberikan respons kepada orang awam secara proaktif dan telus mengenai dasar, matlamat, fungsi dan tanggungjawab serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan untuk diketahui oleh orang ramai.

    Rombongan yang menyertai program tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...