Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 terkorban dalam letupan trak di barat Ghana

    ACCRA, GHANA, 21 JAN – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam satu letupan di luar bandar Wilayah Barat di Ghana kelmarin, apabila sebuah trak yang membawa bahan letupan perlombongan bertembung dengan sebuah motosikal.

    Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Pengurusan Bencana Nasional, Seji Saji memberitahu Xinhua letupan berlaku di Apiate apabila motosikal itu masuk ke lorong trak dan melanggarnya.

    Pegawai itu berkata, letupan itu begitu kuat sehingga memusnahkan kira-kira 500 rumah di sekitarnya dan meragut banyak nyawa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda