Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    20,000 pekerja Amazon dijangkiti COVID-19

    SAN FRANCISCO, 2 OKT – Amazon semalam berkata lebih daripada 19,800 daripada pekerjanya telah diuji positif dijangkiti COVID-19 sejak awal Mac.

    Data mengenai 1.37 juta pekerja barisan depan syarikat e-dagang itu, termasuk mereka di kedai runcit Whole Foods Market di Amerika Syarikat (AS), menunjukkan kadar jangkitan lebih rendah daripada dijangka, kata Amazon.

    Angka keluar tatkala beberapa pekerja di pusat logistik mengkritik dasar syarikat untuk melindungi mereka daripada pandemik serta keberatan berkongsi maklumat mengenai rakan sekerja yang dijangkiti.

    Amazon telah menambah ujian kepada 50,000 sehari di seluruh 650 pusat, menurut syarikat yang berpangkalan di Seattle itu.

    “Sejak permulaan krisis ini, kami telah bekerja keras untuk memaklumkan pekerja kami tentang berita terkini, memberitahu mereka setiap kes baharu,” kata Amazon dalam blog berkongsi kadar jangkitan COVID-19 di kalangan pekerja barisan depan.

    Jika kadar jangkitan di kalangan pekerja Amazon dan Whole Foods adalah sama dengan populasi AS, jumlah kes akan mencecah 33,000, menurut syarikat. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo Amazon di Douai, utara Perancis. Amazon berkata hampir 20,000 pekerjanya telah diuji positif dijangkiti COVID-19. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda