Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    200,000 etnik Rohingya peringati ‘Hari Genosid’

    KUTUPALONG, BANGLADESH, 25 OGOS – Kira-kira 200,000 etnik Rohingya berarak di kem pelarian Bangladesh hari ini untuk menandakan tempoh dua tahun sejak mereka melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar, beberapa hari selepas cubaan kedua memulangkan pelarian itu menemui kegagalan.

    Kira-kira 740,000 etnik Rohingya dari negeri Rakhine, Myanmar melarikan diri pada Ogos 2017 lalu semasa tindakan kejam, menyertai 200,000 orang yang lari lebih awal daripada penindasan tersebut.

    Hampir satu juta pelarian kini tinggal di puluhan buah kem kotor di daerah Cox’s Bazar sempadan tenggara Bangladesh.

    Hari ini, kanak-kanak, wanita memakai tudung dan lelaki kain pelikat menjerit ‘Allah Maha Besar, Selamatkan Rohingya’ ketika mereka berarak di tengah-tengah kem pelarian terbesar di dunia bagi memperingati apa yang disebut mereka sebagai ‘Hari Genosid’.

    Di bawah panas terik matahari, ribuan pelarian menyanyi lagu popular dengan lirik ‘dunia tidak mendengar masalah Rohingya’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda