Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

22 cedera dalam serangan di barat Ukraine

KYIV, UKRAINE, 12 JUN – Sekurang-kurangnya 22 orang cedera apabila Rusia menyerang bandar Chortkiv di barat Ukraine, kata gabenor wilayah itu kelmarin. Serangan itu merupakan serangan yang jarang berlaku di barat negara tersebut.

“Semalam pada jam 7:46 malam, Chortkiv telah dibedil oleh empat peluru berpandu, semuanya ditembak dari Laut Hitam,” kata Volodymyr Trush dalam catatan Facebook.

Beliau berkata kesemua 22 orang yang cedera, termasuk tujuh orang wanita dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, telah dimasukkan ke hospital.

Trush, yang merupakan gabenor wilayah Ternopil di mana Chortkiv terletak, berkata, “Kemudahan pangkalan tentera telah musnah sebahagiannya dalam serangan itu dan bangunan kediaman telah rosak”. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -