Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    23 maut kerana perbuatan khianat

    WASHINGTON, 28 OGOS – Sekurang-kurangnya 23 orang terkorban selepas satu kebakaran terjadi di sebuah bar di selatan Mexico hari ini, menurut laporan NCB News, di mana pihak berkuasa kini menjalani siasatan mengenai kemungkinan satu perbuatan khianat.

    Seramai 13 yang lain mengalami kecederaan serius susulan kebakaran di bandar pelabuhan selatan Coatzacoalcos itu, menurut NBC yang memetik daripada laporan pejabat peguam negara.

    Pejabat peguam negara mendakwa ia “kemungkinan satu perbuatan berniat jahat yang disengajakan.”

    Memetik daripada beberapa laporan, The Los Angeles Times berkata satu bom minyak telah dilontarkan ke arah bar tersebut.

    Imej yang dikeluarkan oleh media setempat menunjukkan keadaan dalaman yang musnah, serpihan-serpihan memenuhi lantai dan beberapa buah kenderaan polis serta pasukan kecemasan berada di luar bangunan.

    “Jenayah licik di Coatzacoalcos tidak akan terlepas tanpa sebarang hukuman,” kata gabenor negeri Veracuz.

    Veracruz merupakan antara rantau yang paling ganas di Mexico, yang mana laluan penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat melaluinya dan pertempuran berdarah kerap terjadi antara kumpulan-kumpulan dadah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda