Tuesday, February 4, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 agensi dibenarkan urus pakej haji, umrah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Dua buah syarikat iaitu Maduli Agency Travel & Tour Sdn Bhs dan Mustaqim Travel &Tour Sdn Bhd kini telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa pada masa ini, terdapat sebanyak dua puluh empat (24) buah agensi pelancongan telah pun diberikan kebenaran.

    Walau bagaimanapun, hanya sepuluh dari 24 buah agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bagi tahun 1446 Hijrah hingga 1448 Hijrah.

    Agensi-agensi pelancongan berkenaan adalah Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB), Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd (SCA), Continental Yachting Sdn Bhd, Raudah Al-Amin Sdn Bhd (RAA), Titian Travel & Tours Sdn Bhd,  At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd (DEE), Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd (AHTTSB), Balurih Travel Sdn Bhd dan As-Safa Travel & Tours Sdn Bhd.

    Dimaklumkan juga bahawa senarai terkini agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) boleh disemak melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama (mora.gov.bn) atau Facebook atau berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji melalui talian 2384478 dan e-mel Jabatan Urusan Haji ( juh.kheu @mora.gov.bn ).

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji atau Umrah disarankan supaya berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan tersebut.

    24 agensi dibenarkan urus pakej haji dan umrah bagi 2025. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda