Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    24 sertai Bengkel Perancangan dan Analitik Tenaga Kerja

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Seramai 24 orang penjawat awam dari negara anggota ASEAN, Timor Leste dan Sekretariat ASEAN termasuk 10 peserta Brunei dari pelbagai kementerian mengikuti Bengkel Perancangan dan Analitik Tenaga Kerja di Sektor Awam yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Rimba Gadong.

    Perasmian bengkel berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Norfarizal Othman selaku tetamu kehormat.

    Bengkel ini dijalankan selaras dengan Pelan Tindakan Kerjasama ASEAN mengenai Hal Ehwal Perkhidmatan Awam (ACCSM) 2021-2025, dengan memenuhi bidang-bidang keutamaan khususnya dalam meningkatkan kecekapan dan standard tenaga kerja dalam sektor awam, membina institusi kapasiti dan penyelarasan antara agensi, kepimpinan transformatif dan pembaharuan dan pemodenan sektor awam.

    Sepanjang program itu, peserta didedahkan kepada perancangan dan analisis tenaga kerja, dan bagaimana kesannya terhadap perancangan dan pengurusan sumber manusia.

    Dengan adanya sesi perkongsian dalam kalangan peserta, ia akan menambah nilai kepada bengkel berkenaan dan diharap dapat mendengar perkongsian langkah-langkah dan peristiwa penting dalam perjalanan setiap orang ke perancangan dan analisis tenaga kerja.

    Dr Norfarizal Othman menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta bengkel semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN IPA
    Dr Norfarizal Othman dan peserta bengkel bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN IPA

    Bengkel juga menawarkan pengetahuan asas bagi mengukur, menjejak dan menganalisis jurang tenaga kerja untuk mengenal pasti intervensi di mana contoh dan kajian kes untuk kejayaan analisis tenaga kerja akan meningkatkan lagi pemahaman tentang perkara berkaitan dan boleh membantu pasukan sumber manusia (HR) memulakan perjalanan analitik tenaga kerja.

    Antara lain tujuan bengkel adalah melengkapkan peserta dengan pengetahuan penting mengenai analisis tenaga kerja dan boleh membantu pasukan HR untuk memberikan respons dengan cepat terhadap keperluan sumber yang berubah seiring dengan perkembangan dasar kerajaan.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah IPA, Dr Hajah Noor Maya binti Haji Mohd Salleh; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yussoff dan pegawai-pegawai lain.

    Beberapa agensi kerajaan yang menyokong bengkel tersebut adalah Pejabat Wawasan Brunei, Man Power Planning and Employment Council (MPC), JPA, IPA dan Kementerian Pendidikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...