Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    UTB dan SynergenOG (B) Sdn Bhd meterai MoU

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV- Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan SynergenOG (B) Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang menandakan bermulanya kerjasama strategik di antara universiti dan industri dalam majlis penandatanganan yang berlangsung secara maya melalui platform Zoom.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UTB di sini, pada majlis berkenaan, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan ulasan daripada Pengasas Bersama dan Prinsipal SynergenOG Sdn Bhd, Puvan Balasubramaniam.

    Majlis diteruskan dengan pe-nandatanganan MoU dengan UTB diwakili oleh Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah dan SynergenOG (B) Sdn Bhd diwakili oleh Puvan Balasubramaniam.

    MoU itu mengukuhkan lagi komitmen bersama untuk bekerjasama dalam ruangan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan program-program latihan. Kerjasama itu juga menandakan langkah yang signifikan dalam kerjasama untuk kolaborasi dan pendidikan yang lebih baik di antara akademik dan industri di Brunei.

    UTB dan SynergenOG (B) Sdn Bhd komited untuk memanfaatkan kekuatan mereka bersama dalam meningkatkan pendidikan, penyelidikan dan latihan. Hasil yang dihasratkan akan menyumbang kepada bukan sahaja pertumbuhan Brunei tetapi ia juga akan mengembang luaskan lands-kap inovasi dan pengetahuan global.

    Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah dan Puvan Balasubramaniam semasa menandatangani MoU yang berlangsung secara maya melalui platform Zoom. – GAMBAR SERAHAN UTB
    Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah menandatangani MoU semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UTB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...