Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    247 ternakan diluluskan untuk ibadah korban

    LABUAN, 17 JUN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan meluluskan 247 ternakan untuk ibadah korban bersempena dengan Aidiladha di pulau bebas cukai itu.

    Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan, Dr Larry David berkata kebanyakan ternakan itu diperoleh dari Sabah, manakala selebihnya dibekalkan oleh Ladang Sittha di sini.

    “Ternakan yang diluluskan untuk ibadah korban antaranya ialah 130 ekor lembu dan 94 ekor kambing,” katanya kepada Bernama.

    David berkata kelulusan itu dikeluarkan lebih awal sebelum sambutan Aidiladha bagi memastikan ibadah korban berjalan lancar, manakala permit diberikan untuk melakukan korban di luar rumah penyembelihan termasuk masjid dan kawasan perumahan.

    “Kami memastikan semua permit ibadah korban dikeluarkan seminggu sebelum perayaan untuk membolehkan persiapan dilakukan.

    “Semua pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menetapkan peraturan ketat yang mesti dipatuhi semua penganjur,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda