Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 maut banjir di India

    NEW DELHI, 2 DIS – Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk 17 daripadanya maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Tamil Nadu, India semalam, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai.

    Dalam kejadian tanah runtuh di kampung Nadur berhampiran Mettupalayalam di daerah Coimbatore, kira-kira 502 kilometer barat daya Chennai, ibu kota Tamil Nadu, empat buah keluarga terdiri daripada 17 orang tertimbus dalam tanah runtuh ekoran hujan lebat.

    Mereka yang mati terdiri daripada 10 wanita, tiga lelaki dan kanak-kanak lelaki dan perempuan seramai empat orang.

    Pasukan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa,” kata seorang pegawai kanan pengurusan bencana di Coimbatore ketika dihubungi.

    Kejadian turut mencetuskan panik di kalangan penduduk.

    Menurutnya, anggota pasukan tindak balas bencana, polis dan bomba ke lokasi kejadian untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat.

    “Sebahagian daripada mayat mangsa telah ditemui dan usaha mencari mangsa lain masih diteruskan.

    Dipercayai ketika kejadian penghuni rumah sedang nyenyak tidur,” kata pegawai itu.

    Manakala 8 lagi kematian lain adalah akibat kejadian berkaitan banjir. Pada Ahad hujan lebat menjejaskan kebanyakan kawasan di Tamil Nadu dan Puducherry menyebabkan banyak kawasan digenangi air.  – Bernama/AP

    Pekerja penyelamat membersihkan serpihan daripada sebuah rumah yang runtuh di Mettupalayam, kira-kira 50km ke utara Coimbatore, 2 Disember. Sekurang-kurangnya 17 maut dalam kejadian tanah runtuh manakala lapan lagi dalam kejadian berkaitan banjir di India. –AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda