Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    25 menderma darah di Intracorp

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Seramai 25 orang telah menderma darah dalam kempen yang julung kalinya dianjurkan oleh Intracorp (B) Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Intracorp Megastore, kelmarin.

    Diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut, kempen disertai oleh pihak pengurusan, kakitangan dan para pengunjung Intracorp.

    Dengan membawa tema Donate Blood, Every Drop Counts, penganjuran kempen itu dihasratkan dapat memupuk semangat penglibatan masyarakat dalam menyelamatkan nyawa.

    Selain itu, inisiatif tersebut juga bertujuan untuk menyokong keperluan kemudahan perubatan tempatan bagi membantu pesakit yang memerlukan pemindahan darah dan mengurangkan krisis kekurangan bekalan darah.

    Menurut Intracorp, mereka akan terus mengadakan kempen derma darah secara berkala dan membuat komitmen untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjadi penderma darah dan memastikan bekalan darah yang stabil di negara ini.

    Antara yang menderma darah semasa kempen yang berlangsung di Intracorp Megastore. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Dayang Amal Najeebah ketika ditemu bual pihak media. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...