Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    25 sahut cabaran Borneo 100 Miler

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Aqzi Heng @ Zee

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Membawa semangat larian demi tanah air tercinta, lebih 25 orang anak tempatan penggiat sukan larian telah menyahut cabaran Borneo 100 Miler di negara jiran, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia baru-baru ini.

    Para peserta tempatan telah bersaing dalam larian sejauh 25 kilometer dan 100 batu dalam kategori lelaki, wanita dan veteran terbuka.

    Dalam persaingan itu, Haji Ibni Nudin berjaya menamatkan larian sejauh 100 batu bagi Kategori Veteran Terbuka sekali gus menempatkannya sebagai pemenang kedua.

    Bagi larian sejauh 25 kilometer Kategori Lelaki Terbuka, peserta anak tempatan, Awang Muhammad Ajmal Azman Sudin telah menyandang tempat kedua dan Awang Amirul Tuah pula memperoleh tempat ketiga.

    Sementara itu, Awang Shamsuleffandy Haji Sulaiman merangkul tempat pertama setelah berjaya menamatkan larian 25 kilometer di bawah Kategori Veteran Terbuka.

    Dengan penglibatan para peserta tempatan berkenaan, ia sememangnya diharap dapat meningkatkan motivasi golongan penggiat sukan larian tidak kira daripada golongan belia, dewasa mahu pun veteran untuk terus menggapai kejayaan tanpa berputus asa bukan hanya untuk kepuasan diri bahkan juga sama-sama meningkatkan prestasi sukan negara.

    Antara peserta tempatan yang menyertai perlawanan larian tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...