YANGON, 4 JULAI – Sebanyak 25 pejuang anti-junta dan orang awam terbunuh semasa pertikaian dengan pihak tentera di tengah Myanmar, kata penduduk hari ini, ketika orang awam meningkatkan tentangan mereka ke atas rejim negara itu.
Di beberapa kawasan, orang awam membentuk ‘pasukan pertahanan’ untuk memerangi Majlis Pentadbiran Negara (junta) sering menggunakan raifal atau senjata buatan sendiri yang diperolehi daripada kelengkapan rumah.
Rantau tengah Sagaing menjadi tapak pertempuran antara pasukan pertahanan dan tentera, dan semasa pertempuran Jumaat yang meletus di perbandaran Depayin.
Penduduk memberitahu AFP bahawa trak tentera memasuki kawasan mereka dan melepaskan tembakan dekat kampung dalam harapan untuk menghapuskan anggota pasukan pertahanan tempatan.
“Kami mendengar tembakan meriam 26 kali,” kata seorang penduduk yang menambah pejuang anti-junta cuba untuk membalas balik namun dapat menangkis serangan tersebut. – AFP
