Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    $250,000 milik Chong Chee Soon

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Chong Chee Soon, 32, tidak menyangka akan memenangi wang tunai $250,000 apabila terpilih sebagai pemenang utama Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi 4 pada majlis cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, hari ini.

    Majlis juga menyaksikan lima pemenang lain membawa pulang $10,000 setiap seorang dan seramai 10 orang pemenang cabutan bulanan pula membawa pulang $1,000 setiap seorang.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah BIBD.

    Dalam temu bual bersama media, Chong Chee Soon menyatakan perasaan syukur dan gembira terpilih sebagai pemenang utama bagi kempen kali ini.

    Kemenangan beliau dalam kempen itu adalah kali pertama walaupun telah menyertainya sejak kempen BIBD Aspirasi 1 lagi dan menyatakan hasrat untuk terus memberikan sokongan kepada kempen yang amat bermanfaat itu.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah BIBD semasa menyerahkan hadiah kemenangan kepada Chong Chee Soon setelah terpilih sebagai pemenang utama Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi 4 pada majlis cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, kelmarin.
    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan hadiah kepada dua daripada lima pemenang yang memenangi wang tunai $10,000.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai bersama para pemenangi hadiah utama dan bulanan Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi 4, kelmarin.

    “Dengan hadiah yang dimenangi ini akan digunakan untuk memulakan perniagaan selain mengongsikannya dengan keluarga sebagai hadiah Tahun Baharu Cina,” jelasnya. Pada awal Januari, sebagai sebahagian daripada cabutan hadiah utama Aspirasi 4, 25 pelanggan telah menerima hadiah $1,000 setiap seorang sebagai pemenang bulanan.

    BIBD Aspirasi telah diperkenalkan pada 2018 bagi menyokong matlamat Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) ke arah mempromosikan kemahiran pengurusan kewangan dan memupuk disiplin menabung dalam kalangan masyarakat Brunei. 

    Selain itu, BIBD akan terus kekal dengan prinsip Bruneian at Heart dan teguh dalam menyokong agenda negara ke arah komuniti Brunei yang celik kewangan.

    BIBD juga telah melancarkan kempen Aspirasi 5 pada Disember 2022, yang sekali lagi akan memberi ganjaran kepada lebih 400 pemenang dengan hadiah wang tunai berjumlah
    $870,000 sepanjang tahun ini.

    Berikutan kejayaan besar Aspirasi 4, BIBD Aspirasi edisi terbaharu ini menyeru orang ramai untuk mencipta impak ke arah kebaikan yang lebih besar dengan aspirasi mereka.

    BIBD kini telah meningkatkan jumlah deposit maksimum kepada $450,000 sambil mengekalkan deposit minimum serendah $50 dan membolehkan semua orang menyimpan dan menjadi sebahagian daripada program itu.

    Sejak pertama kali dilancarkan, BIBD Aspirasi telah menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan mencatatkan kadar pertumbuhan purata 88 peratus sepanjang tahun.

    Dalam tempoh 12 bulan akan datang, Aspirasi 5 akan memberi ganjaran kepada 35 pemenang bulanan dengan $1,000 setiap seorang, yang berjumlah 420 pemenang bulanan dalam tempoh 12 bulan dan lima pemenang suku tahunan dengan $10,000 setiap seorang iaitu yang berjumlah 20 pemenang suku tahunan dalam empat suku tahun.

    Turut hadir menyaksikan cabutan utama dan penyampaian hadiah itu ialah pegawai-pegawai kanan BIBD.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...