Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    251 lagi bakal tetamu Allah berlepas

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Penerbangan kedua yang membawa seramai 251 orang bakal jemaah haji telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menaiki pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB) BI4203 dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 2:40 petang waktu tempatan.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman;
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Jaafar dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al-Buraithin.

    Turut mengiringi bakal jemaah haji berkenaan ialah tiga orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), iaitu seorang lelaki dan dua perempuan serta pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB).

    Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang manakala azan dilaungkan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Haji Hamdini bin Haji Garif.

    Bagi penerbangan kedua ini, kesemua bakal jemaah haji iaitu 121 orang lelaki dan 130 orang perempuan mengikuti pakej haji Syarikat DSSB.

    Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan TYT Mohammed Abdullah Al-Buraithin hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal jemaah haji negara. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham mengucapkan selamat belayar kepada bakal jemaah haji. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara bakal jemaah haji meluangkan masa berpelukan dan bersalaman bersama ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara bakal jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan kedua, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Bakal jemaah haji mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang sebelum menaiki pesawat untuk menyahut jemputan menjadi tetamu Allah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...