Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 bintang Oscar tolak percutian ke Israel

    BAITULMAQDIS, 22 Feb – Setahun lalu Israel menawarkan Leonardo DiCaprio, Matt Damon dan bintang-bintang Hollywood lain bagi percutian mewah yang dibiayai sepenuhnya, namun nampaknya mereka memilih untuk menolak tawaran berkenaan.

    Para aktivis mendakwa ia satu kejayaan apabila ia kelihatan tiada siapa pun daripada 26 bintang Oscar yang ditawarkan percutian persendirian percuma yang bernilai sehingga AS$55,000 telah membuat perjalanan itu.

    Tawaran itu, sebahagian daripada beg hadiah yang diberikan daripada firma pemasaran ketika Anugerah Oscar 2016 setiapnya bernilai dalam anggaran AS$200,000 dan termasuk barangan lain seperti tisu tandas mahal, mencetuskan tindak balas.

    Persediaan terakhir bagi Anugerah Oscar le-89 di Hollywood, California. – AFP
    Persediaan terakhir bagi Anugerah Oscar le-89 di Hollywood, California. – AFP

    Kumpulan-kumpulan aktivis menuduh Israel cuba menggunakan para selebriti untuk mendapatkan liputan positif dan mengecilkan dakwaan pencabulan di wilayah Palestin yang dijajah.

    Beberapa hari menjelang acara Anugerah Oscar 2017 pada 26 Februari, ia kelihatan tiada satu pun calon telah mengunjungi mereka.

    Bintang filem Hunger Games, Jennifer Lawrence tidak mengambil tawaran itu namun memberikannya kepada ibu bapanya, menurut agensi yang datang dengan idea itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda