Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2,618 kes jalani pengasingan di rumah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Sebanyak 229 dos pertama dan 836 dos kedua vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, yang masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 83.9 peratus dan 67.5 peratus bagi dos kedua.

    Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah sebanyak 71.8 peratus, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar (gambar) semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan sebanyak 381 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 378 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan tiga kes hasil daripada 265 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 153,093 kes.

    Beliau turut memaklumkan tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5 dan 4.

    Sementara itu, sebanyak 536 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes sembuh kepada 150,233 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 2,635 kes iaitu 17 kes sedang dirawat di hospital manakala 2,618 lagi sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    “Marilah kita berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat, selamat, sejahtera dan dalam lindungan Allah SWT. Aamin Aamin Ya Rabbalalamin,” seru Yang Berhormat Dato pada hujung kenyataannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda