Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Kadar purata kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan peningkatan dalam masa satu minggu kebelakangan ini iaitu 350 kes sehari, berbanding dengan kadar pada minggu sebelumnya iaitu 227 kes sehari. Sebanyak 36,627 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam

