YANGON, 4 APRIL – Pihak berkuasa Myanmar telah merampas 3.2 juta pil perangsang di bandar perdagangan Yangon, mengikut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pusat untuk Kawalan Penyalahgunaan Dadah pada lewat kelmarin.
Selepas risikan, polis menggeledah sebuah kereta berhampiran hotel di bandar Hlaing, wilayah Yangon pada 30 Mac dan merampas 100,000 pil perangsang, dan menahan dua orang suspek.
Polis kemudian menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang suspek di bandar Mayangone, wilayah Yangon dan merampas 3.1 juta pil, menurut kenyataan. – Xinhua