Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 kematian baharu akibat rabies di Sarawak

    KUCHING, 26 JAN – Sarawak mencatatkan tiga lagi kes kematian baharu akibat wabak rabies dalam kalangan manusia tahun ini dengan dua daripadanya berlaku di Kuching dan satu di Bintulu.
     
    Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ooi Choo Huck dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia antara 9 hingga 20 Januari lepas, dengan lingkungan umur mangsa 39 hingga 61 tahun. 
     
    Menurut kenyataan itu, pesakit pertama merupakan wanita berusia 39 tahun yang mempunyai sejarah digi-git anjing liar di kawasan perumahannya pada Disember 2023, manakala pesakit kedua merupakan lelaki warga emas berusia 61 tahun serta mempunyai sejarah dicakar anjing dan kucing peliharaan tahun lepas. 
     
    “Pesakit ketiga merupakan seorang lelaki berumur 42 tahun yang tinggal di daerah Kuching serta pernah digigit dan dicakar di bahagian siku kanan oleh kucing peliharaannya pada Oktober 2023,” katanya.
     
    Menambah mangsa memelihara kira-kira 10 ekor kucing yang bebas bercampur dengan haiwan liar. 
     
    Dr Ooi berkata kesemua mangsa tidak pernah mendapatkan rawatan atau menerima vaksinasi antirabies di mana-mana fasiliti kesihatan. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...