Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kakitangan QAF Auto kutip 331kg sampah di Pantai Muara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Dengan matlamat untuk menggalakkan aktiviti mesra alam sambil mengukuhkan lagi hubungan berpasukan, QAF Auto Sdn Bhd dengan kerjasama The Beach Bunch telah mengungkayahkan acara Beach Cleanup X Team Building, di Pantai Muara, baru-baru ini.

    Kira-kira 70 orang kakitangan syarikat berkenaan telah berjaya mengumpulkan 331 kilogram sampah semasa inisiatif pembersihan pantai tersebut.

    Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo berkata pihak syarikat sangat teruja dengan kejayaan acara berkenaan di mana ia bukan sahaja mempamerkan komitmen pasukan terhadap kelestarian alam sekitar tetapi juga mengukuhkan ikatan yang menjadikan mereka sebuah organisasi yang kukuh dan bersatu.

    Aktiviti berkenaan membuktikan bahawa QAF Auto mengiktiraf kepentingan memupuk rasa tanggungjawab korporat yang kukuh dan penjagaan alam sekitar.

    QAF Auto kekal komited untuk memimpin melalui teladan dan berharap bagi meneruskan usahanya dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

    Gambar ramai semasa kempen yang diadakan di Pantai Muara, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN QAF AUTO SDN BHD
    Pasukan yang mengutip sampah paling berat. – GAMBAR SERAHAN QAF AUTO SDN BHD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...